Sunday, September 16, 2018

Puasa Sunat Hari-Hari Putih

6 Muharam 1440H

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera



Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangka masa tertentu. Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya.   

PUASA SUNAT (HARI-HARI PUTIH)

Islam menganjurkan setiap pemeluknya untuk memperbanyak ibadah sunnah, salah satunya adalah puasa putih. Ibadah ini merupakan puasa sunnah yang dilakukan setiap tanggal 13, 14 dan 15 setiap bulan. Namun, khusus untuk bulan Dzulhijjah puasa ini hanya boleh dilakukan pada tanggal 14 dan 15.
Apakah fadhilat berpuasa pada hari-hari putih?
Diriwayatkan juga dari Qatadah bin Milhan (ملحان) r.a. yang menceritakan;
Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 di mana baginda bersabda;

 “Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa” (Riwayat Imam Abu Daud).

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada Abu Zarr r.a.; 
“Wahai Abu Zarr! Apabila kamu berpuasa tiga hari dari setiap bulan, maka berpuasalah pada hari ke   13, 14 dan 15”. (Riwayat Imam at-Tirmizi. Menurut beliau; hadis ini hasan soheh)

Sabda Nabi s.a.w.;  
“Berpuasa tiga hari pada setiap bulan seumpama berpuasa sepanjang masa” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.). 

 Abu Hurairah r.a. juga pernah menceritakan; 

  “Temanku (yakni Rasulullah SAW) telah mewasiatkanku dengan tiga perkara;”
1. Berpuasa tiga hari pada setiap bulan.
2. Mengerjakan dua rakaat solat dhuha.
3. Menunaikan solat witir sebelum aku tidur”.(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Kenapa dinamakan Hari Putih?

 Hari-hari tersebut dinamakan sebagai “أيام البيض” (hari-hari putih) kerana pada malam-malamnya bulan mengambang dan cerah. Jika kita tidak dapat puasa pada hari-hari yang pertengahan, tidak mengapa. Kita boleh sahaja memilih hari apa untuk kita berpuasa asalkan ia 3 hari dalam sebulan. (Khas untuk kaum hawa) Yang dimaksudkan puasa pada pertengahan bulan itu adalah hari yang afdhal kerana Nabi SAW sendiri yang melakukannya. Ikutkan lelaki lagi senang berpuasa pada hari-hari pertengahan ni. Maka beruntunglah wahai kaum Adam  ^_^

Rebutlah peluang selagi kita masih bernafas di muka bumi Allah ini.

Rujukan:

1)Raudhatul-Muttaqien, jil. 3, hlm. 261. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibadat_puasa 2)http://www.wahdah.or.id/baru/wis/index.php/konsultasi/3503-puasa-putih
3)http://ibnuwafi.blogspot.com/2012/06/kelebihan-puasa-sunat-hari-putih.html

No comments:

Post a Comment