Assalamualikum wbt dan Salam Sejahtera
Kelebihan
Berwakaf
Kelebihan
Berwakaf
Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan
harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah
untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.
Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama') berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.
Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.
Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah ( diberi ) , diwarisi dan dipusakai.
Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah :-
﴿ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ ﴾
سورة البقرة : ۲٦١
Mafhumnya :-
“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.
( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )
Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِذَا مَاتَ
ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ
، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ.
﴿ رواه مسلم ﴾
﴿ رواه مسلم ﴾
Maksudnya :-
“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.
( Hadis Riwayat Muslim )
Hikmah Berwakaf

Allah s.w.t berfirman didalam surah al-imran ayat 115 yang bermaksud:
Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.
Antara hikmah yang terdapat didalam ibadah wakaf ialah:
·
menzahirkan
pengabdian diri kepada allah s.w.t
·
sebagai langkah
mendekatkan diri kepada allah s.w.t
·
mendapat
kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia
·
berkongsi
manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar islam.
·
Ianya dapat
mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah dan
·
Ianya juga
secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat
islam di Negara ini khususnya.
Wakaf
Pengertian
Wakaf dari segi bahasa bermaksud
tahan atau berhenti.
Wakaf dari segi istilah pula bererti menahan sesuatu benda atau harta yang suci dan halal bentuk zatnya supaya digunakan untuk tujuan kebaikan dan mendapat manfaat daripadanya.
Wakaf ialah menahan harta tertentu yang boleh diambil manfaat daripada zatnya untuk digunakan pada tujuan kebajikan, dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan tidak boleh dijadikan jual-beli atau "hibah" pada zat benda yang diwakafkan itu.

Hukum Syarak
Hukum wakaf adalah HARUS dalam
syariat Islam dan ia adalah amalan yang digalakkan dengan berdasarkan nas
al-Quran dan hadis. Terdapat banyak hikmah yang diperolehi dengan mewakafkan
harta. Antaranya adalah seperti berikut:
·
Membuka
jalan ke arah ibadah kepada Allah s.w.t.
·
Merealisasikan
minat orang beriman yang suka memberi wakaf dan berlumba-lumba dalam amal
kebajikan dan mengharapkan pahala
·
Memberi
pahala yang berterusan kepada pewakaf selepas kematian selagimana harta wakaf
tersebut berkekalan
·
Untuk
kebaikan Islam, seperti membina masjid, surau, tanah perkuburan dan sebagainya
·
Membantu
mengurangkan bebanan orang fakir dan miskin serta anak yatim
Dalil
Al-Quran
Firman Allah S.W.T dalam surah Ali-Imran ayat 92: Maksudnya: kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
Hadis
Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:
" Apabila mati seseorang itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang termanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya."
Diberitakan dari Ibnu Umar bahawa Umar mendapat bahagian sebidang tanah di Khaibar. Beliau berkata, "wahai Rasullullah. Saya mendapat sebidang tanah di Khaibar sedangkan saya belum pernah mendapat yang lebih berharga daripada itu. Apa yang sebaiknya saya lakukan?" Rasullullah S.A.W menjawab, "Bila kamu mahu, sedekahkanlah." Lalu Umar menyedekahkan tanah itu dengan syarat tidak boleh dijual, dihibahkan dan diwariskan. Tanah itu harus digunakan untuk digunakan kaum miskin, karib kerahat, para hamba sahaya, orang-orang lemah, dan ibnu sabil. Pengelola tanah mengikut sekadarnya"
(Hadis Riwayat Jamaah)

Jenis-jenis
Wakaf
Wakaf terbahagi kepada dua (2)
jenis, iaitu:
·
Wakaf
Mutlak (Am)
Seseorang yang mewakafkan sesuatu harta untuk maslahah umum
Seseorang yang mewakafkan sesuatu harta untuk maslahah umum
·
Wakaf
Muqayyad (Khas)
Wakaf yang mempunyai syarat tertentu terhadap harta wakafnya selagimana tujuannya tidak menyalahi syarak
Wakaf yang mempunyai syarat tertentu terhadap harta wakafnya selagimana tujuannya tidak menyalahi syarak
Rukun wakaf
·
"Waqif"
iaitu orang yang mewakafkan
·
"Maukuf
Alaih" iaitu pihak yang menerima wakaf
·
"Maukuf"
iaitu benda yang diwakafkan
·
"Sighah"
iaitu ijab dan qabul. Ia boleh dilakukan samada secara lisan, tulisan ataupun
syarat yang jelas mengenai wakaf
Syarat-syarat
Orang yang mewakafkan
·
Beragama
Islam
·
Cukup
umur (akil baligh)
·
Waras
(sempurna akal fikiran)
·
Ahli
tasarruf / tabaruk
·
Pilihan
sendiri (ikhtiari)
·
Merdeka
Harta yang diwakafkan
·
Harta itu
mestilah benda yang dapat di ambil manfaatnya
·
Harta
yang diwakafkan kepada penerima wakaf wujud waktu itu
·
Harta
yang diwakafkan itu memberi faedah yang berpanjangan
·
Diwakafkan
untuk tujuan yang baik sahaja dan tidak menyalahi syarak
·
Harta
yang diwakafkan ditentukan jenis, bentuk, tempat, luas dan jumlah
·
Milik
sempurna orang yang memberi wakaf
Lafaz wakaf
·
Hendaklah
dilafazkan bagi orang yang bertutur
·
Hendaklah
diganti dengan tulisan atau isyarat bagi orang yang tidak boleh bertutur
·
Lafaz
wakaf mestilah difahami oleh penerima wakaf atau saksi
·
Lafaz
wakaf mestilah jelas dari segi jenis wakaf, luas, tempat, bentuk dan jumlah
Kredit :
Di Tulis oleh:
Al Fadhil ustaz Muhamad Najib Sanuri
No comments:
Post a Comment