Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Sekadar renungan
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.********************************************************
Saat itu, hadir syaitan yang terkuat, sementara si hamba dalam kondisi paling lemah. Siapakah yang selamat?
Ya Allah, jadikanlah amal terbaik kami sebagai penutup amal kami. Jadikanlah umur terbaik kami sebagai akhirnya. Dan jadikanlah hari terbaik kami sebagai hari kami menjumpai-Mu.
Sabda Nabi s.a.w ;"...dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah disaat kematian (nazak) ","(Riwayat Abu Na'im)" didalam sepotong ayat Mursyal , Nabi s.a.w bersabda dengan membawa maksud ," Saat paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah dikala terbit rohnya".
ZIKIR HARIAN
HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )
Sedikit Ilmu untuk dikongsi bersama...
Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).
9 Kelebihan Berzikir
Zikir bukan sahaja dilakukan selepas solat tapi boleh pada pada
bila-bila masa. Sibuk dengan aktiviti harian bukan bermakna tiada ruang untuk
berzikir. Ia paling mudah dilakukan, namun kebaikannya terlalu besar untuk
disia-siakan.
#1 – Menghalau Syaitan
Syaitan benci kepada manusia yang patuh kepada perintah Allah.
Kerana itulah ia sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Pelbagai hasutan
dibisikkan supaya manusia mendapat kemurkaan Allah.
Tatkala seorang manusia berzikir, zikir yang dibacanya dengan
serta-merta menjadi pendinding diri. Syaitan menjadi lemah kerana manusia yang
dihasutnya kini sedang dalam kekuatan. Lalu, syaitan bertindak menjauhkan diri.
#2 – Allah Ingat Kepadanya
Sebagai Pencipta dan Pemilik seluruh alam semesta, tentunya
Allah suka kepada hambaNya yang mengingatiNya.
Allah berfirman yang bermaksud ;
“Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat
kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu.”
(Al-Baqarah: 152)
Jika kita ingat kepada Allah semasa senang, Allah pasti akan
mengingati kita semasa sukar.
Cahaya menerangi seluruh diri dan hidup
sesiapa yang mengingati Allah. Apa yang dipohon kepada Allah, insyaAllah akan
dimakbulkan olehNya. Siapa yang berusaha untuk dekat kepadaNya pasti mendapat
apa yang dingininya.
“Aku Bersama HambaKu Yang MengingatiKu.”
(Sahih al-Bukhari)
#3 – Menanam Rasa Syukur
Zikir menjadi asas rasa syukur kita kepada Allah S.W.T. Semakin
banyak kita berzikir bermaksud semakin banyak kesyukuran kita kepada Allah.
Lidah yang basah kerana zikir terlepas dari mengatakan hal-hal
yang tidak baik dan merosakkan. Apa jua kerosakan yang berpunca dari lidah
seperti menipu, mengumpat dan memfitnah telah terhalang oleh kebiasaan
berzikir.
#4 – Menambah Cinta Kepada Allah
Bila kita cintakan seseorang, nama dan dirinya selalu disebut
dan diingati. Perasaan orang bercinta begitu indah sehingga sukar untuk
dijelaskan dengan kata-kata. Begitulah juga bila kita bercinta dengan Allah.
Semakin banyak kita berzikir, semakin dekat Allah mengisi hati kita. Zikir
menjadi kunci kita kepada pintu cintaNya.
Perasaan sedar akan kebesaran Allah inilah yang menjadikan kita
umat Islam yang hebat bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Kita yakin Allah
adalah satu-satunya di hati kita, yang melindungi, yang membimbing, dan yang
membahagiakan. KepadaNya jualah tempat kita meletakkan sepenuh harapan.
#5 – Membersihkan Hati
Zikir adalah ubat bagi semua penyakit hati. Hati yang kotor
kembali suci dengan zikir. Hati yang mati, hidup semula kerana mengingati
Allah.
Seperti kata Ibn Taymiyyah ;
Perlunya zikir kepada hati sama seperti air
diperlukan oleh seekor ikan. Maka, zikir ini juga sering dikatakan sebagai
makanan kepada hati dan jiwa.
Hamba yang lalai dalam mengingati Allah, akan meletakkan hatinya
dalam kejauhan dan kekosongan. Ini kerana Allah bukan lagi menjadi keutamaan.
Dirinya sentiasa mencari sesuatu bagi mengisi hati yang sering kosong.
Hati yang dikawal oleh zikir pula sudah
dipenuhi dengan kasih dan sayang Allah. Ia menjadikan pemiliknya mendapat
nikmat yang tidak mampu dibeli walau dengan seluruh kekayaan di dunia ini.
#6 – Membuang Kebimbangan
Dalam kesukaran, tambahkan zikir.
Sebutlah “Subhanallah”, “Alhamdulillah”, dan
“Allahu Akhbar.”
Pujian, kesyukuran dan mengingati kebesaran Allah ini akan
melegakan hati dan minda yang dilanda kebimbangan. Hanya Allah Yang Maha Kuasa
Berkuasa di atas segalanya. Apa yang berlaku hanya akan berlaku atas keizinan
Allah SWT sahaja. Maka pergantungan kita hanya kepada Allah Yang Maha
Mengetahui.
Lalu, zikir menukar perasaan bimbang itu kepada ketenangan dan
kegembiraan. Semua ketakutan hilang serta-merta kerana keyakinan kepada Allah.
Hati dan minda yang tenang secara langsung menjadikan kita hamba yang kuat.
Orang yang mempunyai hati yang tenang pasti akan terpancar di wajahnya cahaya
kebahagiaan.
#7 – Mendapat Kebaikan Di Dunia
Orang yang sedang berzikir dkelilingi para malaikat. Hidupnya
sentiasa dalam keberkatan dari Allah. Zikir menimbulkan keseronokan untuk
melakukan ibadah-ibadah yang lain.
Segala yang dilakukan di dunia mendapat pertolongan daripada
Allah SWT. Zikir mengurangkan beban seseorang. Sebagai contoh, Fatimah R.A.
mengadu kepada Rasulullah kerana keletihan melakukan tugasan hariannya.
Rasulullah menasihatkan Fatimah R.A agar
berzikir ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’, dan ‘Allahu Akhbar’.
#8 – Mendapat Ganjaran Dari Allah
Walaupun zikir amat mudah dilakukan, namun ganjarannya begitu
besar. Allah memberi keampunan dan pahala buat hamba yang berzikir kepadaNya.
Dirinya seperti berada di dalam taman syurga di mana kebaikan mengelilingi
dirinya. Zikir menjadi sumber pahala buat diri mereka yang mengamalkannya.
Sekumpulan orang miskin bertemu Rasulullah
mengadu tentang pahala yang lebih besar bagi mereka yang kaya dan berharta
kerana kemampuan mereka. Mereka mengadu, “Orang-orang kaya bersolat dan
berpuasa seperti kami tapi mereka melebihi kami dalam mengerjakan haji dan
umrah, dan berjihad dengan harta mereka.” Rasulullah kemudian menasihatkan
mereka untuk mengucapkan ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’, ‘Allahu Akhbar’ setiap
kali selepas solat.
(Sahih Bukhari)
Ini menunjukkan yang kepentingan berzikir telah menyamai
pelbagai bentuk ibadat seperti umrah, haji, jihad dan sebagainya.
#9 – Mendapat Kebaikan Akhirat
Dalam kesunyian malam, bibir mengucapkan zikir diiringi air
mata. Kebaikan akhirat pastinya impian bagi semua umat Islam. Zikir menjadi
cahaya bukan sahaja semasa hidup, malah cahayanya turut menerangi kuburnya
kelak.
Di akhirat kelak, zikir juga memberi manfaat kepada yang
sentiasa melakukannya. Zikir boleh menyelamatkan diri daripada api neraka yang
amat menyeksakan.
Orang yang bertakwa menyibukkan dirinya dengan zikir. Dalam
duduk, berdiri, berjalan dan baringnya sentiasa ada Allah. Dunia menjadi saksi
amalannya. Dan pastinya tempat mereka yang bertakwa adalah syurga Allah.
Kredit : 1) http://zikirkehidupan.blogspot.com
2) http://anjelite.blogspot.com
3) https://tazkirah.ne
3) https://tazkirah.ne

No comments:
Post a Comment