Thursday, November 8, 2018

Doa Untuk Nabi Muhammad saw

23 Safar 1440H

Assalamualaikum..

Jika diamati dalam Al-Quran, para nabi lain sudah menggunakan doa istimewa yang diperuntukkan Allah kepada mereka. Namun, Nabi Muhammad SAW menyimpan satu ‘doa terbaik’ untuk kita semua sebagai umat Baginda.Sabda Rasulullah: “Setiap Nabi memiliki doa (khusus) yang akan dikabulkan. 

Setiap Nabi tergesa-gesa menggunakan doanya. (Manakala) aku menyimpan doaku untuk memberi syafaat kepada umatku (kelak) pada hari kiamat. Ia (habuan syafaat) itu akan diperoleh oleh orang yang mati antara umatku yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun,” (Hadis Riwayat Muslim)Bertuah sungguh kita menjadi umat Nabi Muhammad, kan? 

Bagi mensyukuri dan menzahirkan kasih sayang kita kepada Baginda, marilah kita sama-sama melafazkan doa ini ke atas junjungan besar Nabi SAW.

Selawat ini hendaklah dijadikan amalan harian kita kerana kedudukan selawat ini paling tinggi iaitu ditulis tiap-tiap hari oleh Malaikat pahala itu sehingga selesai pahala itu....




rujukan : 
1) Petikan : Facebook 'Kitakan Islam'
2) Fadhilat selawat : ceramah ustaz Wadi Annuar Ayub di Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor pada 2.11.2018 24 Safar 1440H


1 comment: